Skip to main content

Sejak November tahun lepas lagi, musim ketiga bagi siri TV Titans telah diumumkan. Namun selepas itu, langsung tiada butiran didedahkan. Terkini dalam acara DC FanDome, beberapa informasi baru mengenai musim ketiga Titans telah didedahkan. Kali ini, ia akan menarik minat peminat-peminat Batman – kerana beberapa musuh Batman akan memainkan peranan dalam musim ini.

Dalam panel Titans di acara DC FanDome, DC telah mendedahkan yang watak Jason Todd akan berubah dari Robin ke Red Hood. Jason terlampau obses dengan hasrat ingin menjatuhkan pasukan Titans, disebabkan perasaan benci dan geram – beliau berubah menjadi penjahat. Red Hood sedia terkenal sebagai musuh Batman dalam animasi, tetapi ada seorang lagi penjahat yang kerap kelihatan dalam dunia Batman – iaitu Scarecrow. Watak Dr. Jonathan Crane dalam siri TV ini adalah seorang banduan dalam Arkham Asylum yang menawarkan diri untuk menjadi konsultan dan pemprofil jenayah di Gotham City Department.

Watak baru yang berpihak dengan Titans pula adalah Barbara Gordon. Dalam animasi dan komik, watak ini adalah Batgirl. Di dalam siri TV pula, beliau telah bersara sebagai Batgirl dan kini adalah Pesuruhjaya untuk GCPD.

Buat masa ini, butiran menegnai musim tiga Titans masih belum diketahui – jalan cerita, tarikh siaran atau juga pelakon bagi Barbara Gordon dan Jonathan Crane. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply