Skip to main content

Seperti yang dijanjikan oleh EA dan Respawn Entertainment sebelum ini, musim ketujuh buat permainan Apex Legends akan berlangsung pada 5 November 2020 bersempena dengan pelancarannya di Steam.

Dengan pelancarannya yang semakin hampir, hari ini EA berkongsi satu video khas yang memperkenalkan watak baharu iaitu Horizon bersama dengan lokasi utama ketiga iaitu bandaraya terapung Olympus.

Melalui video acah di atas, mereka memperlihatkan sejarah penceritaan watak Horizon dan bagaimana beliau tiba di bandaraya Olympus tersebut.

Selain itu, dengan pelancaran permainan Apex Legends pada 5 November 2020 ini, EA juga mengumumkan yang mana pemain juga boleh dapatkan barangan kosmetik khas bertemakan permainan Portal dan Half-Life ketika musim ke-7 ini berlangsung.

Apex Legends telah pun dilancarkan secara percuma di Playstation 4, Xbox One dan juga PC melalui Origin. Versi Steam akan tiba minggu hadapan.

Leave a Reply