God of War boleh dikatakan diantara permainan video terbaik yang pernah dilancarkan pada konsol Sony PlayStation 4. Ia telah disahkan sebagai salah satu permainan yang akan disokong pada hari pelancaran konsol Sony PlayStation 5 kelak.

Santa Monica Studios, studio pembangun di sebalik permainan tersebut telah mengesahkan bahawa God of War turut akan hadir dengan mod yang membolehkannya dimainkan pada kadar segar semula 60FPS.

Walaupun begitu, buat masa ini ia masih tidak diketahui lagi jika permainan tersebut boleh dinaiktarafkan ke resolusi lebih tinggi atau tidak.

Selain daripada itu, pemain juga boleh menggunakan fail simpan daripada konsol PlayStation 4 mereka di konsol PlayStation 5, kerana ia akan disokong tanpa sebarang masalah.

Bukan itu sahaja, mereka yang memiliki permainan God of War III Remastered juga boleh memainkan permainan tersebut di konsol baru tersebut.

Sohor Kini