Beberapa bulan yang lalu, King, syarikat pembangun disebalik permua Candy Crush telah mengumumkan bahawa mereka akan membangunkan sebuah permua berdasarkan permainan Crash Bandicoot.

Tidak banyak yang diketahui mengenai permua tersebut pada waktu itu, tetapi kini, syarikat tersebut telah mengesahkan bahawa Crash Bandicoot: On The Run akan tiba untuk platform Android dan iOS pada musim bunga 2021 kelak.

Berbeza dengan permainan Crash Bandicoot yang lain, Crash Bandicoot: On The Run ini ialah permainan jenis endless runner seperti Temple Run dan Subway Surfers.

Pemain berpeluang melihat pelbagai watak seperti Crash, Coco dan juga watak-watak antagonis permainan tersebut, Dr Neo Cortex, Nina dan Fake Crash.

Sohor Kini