Apple baru-baru ini telah mengangkat sekatan keatas perkhidmatan-perkhidmatan penstriman permainan seperti Google Stadia dan Microsoft xCloud pada platform peranti iOS.
Kini, kemaskini baru aplikasi Xbox untuk peranti iOS telah dikemaskini untuk membenarkan pengguna memainkan permainan-permainan konsol mereka, asalkan kedua-dua peranti tersebut berada didalam rangkaian WiFi yang sama.
Selain daripada itu, aplikasi ini juga kini hadir dengan ciri baru yang boleh mempercepatkan proses menyediakan konsol Xbox anda untuk digunakan dengan cepat.
Ini pastinya sangat berguna khususnya untuk pengguna yang akan membeli konsol Microsoft Xbox Series X ataupun Xbox Series S yang akan tiba pada bulan hadapan.