Salah satu permainan yang dilancarkan di Apple Arcade tahun lepas iaitu Where Cards Fall kini diumumkan akan tiba di konsol Switch dan PC melalui Steam dan Epic Games Store menjelang awal tahun hadapan.

Where Cards Fall merupakan permainan tekaria yang dibangunkan oleh The Game Bad di mana ia memfokuskan bentuk tekaria secara berperingkat dengan penceritaan tanpa dialog.

Menurut Sam Rosenthal, iaitu pengasas dan pengarah kreatif permainan tersebut, beliau menyatakan yang mana permainan ini mula dihasilkan sejak 10 tahun lepas di mana beliau mempunyai idea berkenaannya ketika beliau masih lagi di kolej. Dengan pelancarannya di Switch dan PC, beliau tidak sabar untuk berkongsi dengan lebih ramai pemain kelak.

Bagi anda yang berminat, permainan ini boleh dimainkan di peranti Apple melalui langganan Apple Arcade. Bagi versi Switch dan PC ia dijadualkan akan tiba sekitar awal tahun 2021 ini.

Leave a Reply