Skip to main content

Soul adalah filem animasi baharu dari Disney/Pixar. Ia mengisahkan “roh” dari Joe Gardner (lakonan suara Jamie Foxx). Joe adakah guru muzik yang menerima peluang menjadi ahli muzik profesional, tetapi disebabkan kemalangan – beliau “mati”. Roh beliau kini berada di “The Great Before“, iaitu dunia fantasi di mana setiap roh dan personaliti dari bumi pergi ke sini selepas mati.

Joe kemudian ingin kembali ke bumi kerana belum bersedia untuk mati. Beliau bekerjasama dengan sejenis roh yang tidak pernah menjadi manusia, 22 (lakonan suara Tina Fey). Joe mendidik 22 bagaimana rasanya menjadi manusia sambil sedar yang beliau mempunyai peluang untuk hidup.

Filem ini turut menerima nasib seperti filem lain, iaitu ditunda. Dari bulan Jun ditunda ke 20 November. Kemudian ia tarikh tayangan terus hilang. Ini kerana filem ini akan disiarkan di Disney+. Menariknya, ia akan disiarkan secara percuma kepada pelanggan Disney+. Mungkin Disney sedar, mengenakan bayaran ke atas bayaran langganan untuk satu filem adalah tidak berbaloi. Siaran akan bermula pada Krismas, iaitu 25 Disember.

Tetapi di Malaysia, Disney+ masih belum ditawarkan lagi. Jadi tidak tahu, bagaimana peminat tempatan boleh tonton filem animasi ini. Sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply