Skip to main content

MGM dan Universal hari ini mengumumkan yang filem seterusnya James Bond iaitu No Time to Die tidak lagi akan dikeluarkan pada bulan depan, sebaliknya ia telah ditunda ke 2 April 2021. Ini merupakan kali kedua ia ditunda di mana ia sepatunya tiba pada April lepas.

Fast & Furious 9 (F9) yang sepatunya ditayangkan pada minggu yang sama juga telah ditunda iaitu kini akan ditayangkan pada 28 Mei 2021 kemungkinan besar kerana tidak ingin dua filem utama dikeluarkan pada minggu yang sama.

Dengan keadaan pandemik Covid-19 yang tidak menentu, terutama di Amerika Syarikat tidak mengejutkan yang lebih banyak filem ditunda ke tahun hadapan. Disney sebelum ini juga telah membawa filem-filem mereka ke tahun hadapan.

Leave a Reply