Disney hari ini mengumumkan penundaan sekali lagi untuk beberapa filem Marvel mereka, pertama seperti yang diura-ura sebelum ini, Black Widow kini akan ditayangkan pada 7 Mei 2021 berbanding 6 November 2020. Ini sekaligus, menolak dua lagi filem Marvel iaitu Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings ke 9 Julai 2021 dan The Eternals ke 5 November 2021.

Selain Marvel, beberapa filem 20th Century juga terkesan iaitu Death on the Nile yang kini akan ditayangkan pada 18 Disember berbanding 23 Oktober, tetapi ia akan digantikan dengan filem The Empty Man yang sepatutnya tiba pada bulan Disember.

Filem arahan Steven Spielberg West Side Story pula kini akan ditayangkan pada 10 Disember 2021 berbanding 18 Disember pada tahun ini. Akhir sekali filem Deep Water akan ditayangkan pada 13 Ogos 2021 berbanding 13 November 2020. Mereka mengekalkan tarikh tayangan untuk filem animasi Soul iaitu pada 20 November tahun ini.

Sohor Kini