Skip to main content

Perkhidmatan penstriman video Apple TV+ dilancarkan pada tahun lepas untuk Apple memasuki pasaran yang dikatakan sedang meningkat penggunaannya untuk mereka yang tidak ingin atau tidak boleh keluar dan inginkan rancangan riadah dan ilmiah untuk ditonton di rumah.

Aplikasi Apple TV diperkenalkan Apple sebelum itu untuk memudahkan pengguna-pengguna Apple menyewa atau membeli filem atau rancangan televisyen dengan mudah.

Walaupun begitu, untuk mereka yang tidak memiliki peranti Apple seperti iPad, peranti Apple TV ataupun televisyen yang menyokongnya, ia agak sukar untuk orang ramai untuk mengaksesnya.

Terkini, Apple nampaknya telah mula menguji penggunaan perkhidmatan Apple TV melalui konsol Microsoft Xbox One untuk beberapa pengguna terpilih.

Ini menarik kerana Apple cukup terkenal untuk memilih bulu apabila memperkenalkan perkhidmatan mereka ke platform parti ketiga. Ketibaannya di konsol-konsol juga memperlihatkan keinginan Apple untuk memasuki pasaran dewasa muda yang kebanyakannya meluangkan masa dengan konsol-konsol permainan.

Buat masa ini ia masih tidak diketahui lagi bilakah perkhidmatan Apple TV ini akan hadir pada konsol tersebut secara rasmi.

Leave a Reply