Godfall, permainan looter-slasher keluaran studio Counterplay Games adalah diantara permainan video pertama yang diperlihatkan untuk konsol Sony PlayStation 5.
Ia adalah diantara permainan yang akan tiba pada hari pertama untuk konsol tersebut, dan kini, video pembukaan permainan tersebut telah diperlihatkan.
Video tersebut menunjukkan pertarungan diantara dua watak permainan tersebut, Silvermane dan Macros, iaitu watak utama dan antagonis Godfall.
Pada penghujung video tersebut, ia diumumkan bahawa Godfall akan tiba pada 12 November kelak untuk platform-platform Epic Games Store pada harga permulaan $51.49 dan PlayStation 5 pada harga $69.99.
Pra-tempah untuk Godfall juga telah dibuka, dimana ia akan hadir dengan beberapa versi, termasuklah Standard Edition, Digital Deluxe Edition yang akan menerima kandungan penambahbaikan DLC, dan Ascended Edition yang akan juga menerima kemasan dalam-permainan berwarna emas untuk perisai dan juga senjata pemain.