Skip to main content

Insomniac Games hari ini berkongsi lanjut mengenai Marvel’s Spider-Man Remastered yang akan turut tiba bersama dengan Marvel’s Spider-Man: Miles Morales pada 12 November ini untuk PlayStation 5.

Melalui versi ini, ia akan menyertakan kualiti grafik yang lebih baik, terutama melalui sokongan ray-tracing dan tekstur yang lebih berkualiti. Bukan setakat itu sahaja, Peter Parker juga menerima wajah baharu. Di mana anda boleh lihat perbandingannya di bawah (kanan yang baharu).

Menurut Insomniac Games, mereka telah mengambil model baharu untuk Peter Parker iaitu Ben Jordan untuk mendapat padanan yang lebih baik dengan pelakon suara serta riak wajah Yuri Lowenthal.

Selain itu, mereka juga mengumumkan, versi Remastered ini akan hadir dengan mod Perfomance yang akan memberikan kadar kelancaran 60FPS, kemungkinan ia akan turut hadir dengan mod Graphic yang memberikan 4K/30FPS. Anda boleh lihat video di dalam 60FPS di bawah.

Seperti diumumkan sebelum ini, Marvel’s Spider-Man Remastered hanya boleh didapati dengan membeli Marvel’s Spider-Man: Miles Morales Ultimate Edition dan ia tidak akan ditawarkan secara berasingan.

Marvel’s Spider-man: Miles Morales sudah boleh di pra-tempah dengan harga RM209. Anda boleh naik taraf ke Ultimate Edition melalui konsol PlayStation 5 kelak.

Leave a Reply