Insomniac dan Sony Interactive Entertainment telah membuka sesi pra-tempah untuk permainan Spider-Miles Morales melalui Play Store. Edisi biasa ditawarkan dengan harga RM209.
Edisi Ultimate yang menyertakan Marvel’s Spider Man Remastered hanya ditawarkan untuk PS5, pemain yang membeli edisi biasa untuk PS4 akan menerima naik taraf percuma dan boleh membeli tambahan Ultimate Edition melalui pembelian di dalam permainan.
Antara ganjaran yang disertakan untuk pemain yang pra-tempah adalah 2 kostum iaitu pertamanya The T.R.A.C.K Suit rekaan Javier Garrón bersama dengan mod Untrackable Suit. Pemain juga akan terus mendapat gajet Gravity Well dan 3 skill points.
Marvel’s Spider-Man: Miles Morales akan dikeluarkan pada 12 November untuk PlayStation 4 dan PlayStation 5.