Skip to main content

Kandungan tambahan terbaru Destiny 2, Beyond Light akan tiba pada November 10 kelak untuk platform-platform PC, PlayStation 4 dan juga Xbox One, dan ia akan hadir dengan sub-kelas dan juga kandungan bersama-sama senjata baharu.

Terkini, pihak Bungie telah mengesahkan bahawa orang ramai akan perlu memuat-turun semula permainan Destiny 2 bersama-sama dengan Beyond Light, oleh kerana jumlah kandungan yang akan berubah ataupun dibuang daripada permainan asal.

Destiny 2 dan Beyond Light akan memperlihatkan pengurangan kandungan sebanyak 30-40 peratus, dan ini akan menyebabkan saiz fail Destiny 2 menjadi lebih kecil, sekitar 50-70GB bergantung kepada platform permainan.

Ini adalah sesuatu yang sudah dijangka kerana Bungie sebelum ini juga telah mengatakan bahawa beberapa kandungan tambahan Destiny 2 akan dibuang untuk memastikan kandungan permainan tersebut lebih mudah diakses oleh pemain.

Bungie juga mengatakan bahawa muat-turun awal untuk permainan ini akan bermula pada 9 November untuk membolehkan pemain terus memainkan Destiny 2 dan Beyond Light pada 10 November.

Leave a Reply