Filem Black Widow Mungkin Akan Ditunda Lagi

Pasaran filem semasa musim Covid-19 ini agak sengsara. Filem seperti TENET dengan bajet puluhan juta juga sukar mendapat kutipan yang memberangsangkan. Oleh sebab yang demikian, banyak filem terus ditangguhkan untuk tayangan pada tahun hadapan.

Terkini, filem MCU baharu – Black Widow mungkin turut terjejas sekali lagi. Filem ini dilaporkan mungkin akan ditunda. Ini kerana pawagam di Amerika Syarikat hanya sekitar 70% dibuka dan itu pun masih tidak dapat mendapat perhatian orang ramai. Oleh yang demikian, filem ini mungkin ditunda. Filem Wonder Woman 1984 sudah pun ditunda ke Disember, kerana bimbang akan kutipan yang mengecewakan.

Tetapi, masih tiada pengesahan lagi. Ada kemungkinan ia akan menerima nasib seakan filem Mulan. Amerika Syarikat akan ditunda, tetapi pawagam tempatan mengikut jadual. Ada juga yang mengharapkan filem Black Widow terus disiarkan di Disney+, tetapi itu agak bahaya kerana kandungan cetak rompak mudah muncul.

Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini