Warner Bros hari ini mengumumkan yang Wonder Woman 1984 ditunda sekali ke 25 Disember 2020 berbanding 1 Oktober 2020 sebelum ini. Perkara ini dilaporkan oleh Deadline.

Mereka juga mengekalkan tarikh tayangan untuk Dune yang baru sahaja menerima video acah pertama iaitu pada 18 Disember 2020, menjadikan Wonder Woman 1984 akan ditayangkan seminggu selepas Dune.

Wonder Woman 1984 pada awalnya dirancang untuk dikeluarkan pada tahun 2019 tetapi telah ditunda ke Jun 2020, namun akibat pandemik Covid-19 ia ditunda dua kali lagi iaitu Ogos dan kemudian Oktober sebelum menerima tarikh baharu lagi hari ini.

Wonder Woman 1984 diarahkan oleh Patty Jenkins dan dibintangi Gal Gadot, Chris Pine, Kristen Wiig dan Pedro Pascal.

Sohor Kini