Skip to main content

Sewaktu acara pelancaran siri kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3000 semalam, Jensen Huang, CEO NVIDIA turut mengumumkan bahawa Fortnite, permainan battle royale terkemuka akan tiba dengan sokongan untuk teknologi grafik NVIDIA Ray-tracing dan juga Deep Learning Super Sampling 2.0.

Apa yang menarik mengenai teknologi ini ialah ia membuatkan efek pantulan cahaya, bayang-bayang, pencahayaan persekitaran dan sebagainya kelihatan jauh lebih realistik berbanding dengan apa yang dapat dilihat sebelum ini.

Untuk ciri DLSS pula, ciri ini membolehkan kad grafik untuk mengolah imej dengan resolusi dan kualiti grafik lebih tinggi, dan memuatkannya didalam resolusi yang lebih rendah. Ciri ini cukup berguna jika anda mempunyai paparan dengan resolusi tinggi tetapi komputer yang berkuasa.

Buat masa ini, ia masih belum diketahui bilakah ciri-ciri Ray-tracing dan DLSS ini akan tiba untuk Fortnite, tapi kami pasti Epic Games akan mengumumkannya tidak lama lagi.

Leave a Reply