Beberapa bulan dahulu, dunia gaming dikejutkan dengan keputusan Sony untuk membenarkan salah satu permainan video eksklusif platform PlayStation, iaitu Horizon Zero Dawn untuk ditawarkan pada platform PC.

Menurut laporan korporat Sony untuk tahun kewangan 2020, Sony mengesahkan bahawa mereka sedang berbincang untuk membawa lebih banyak lagi permainan video eksklusif mereka ke platform PC.

Ini mungkin kerana sambutan untuk Horizon Zero Dawn yang mula dijual pada bulan lepas mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan, dimana permainan Horizon Zero Dawn ini dilihat sebagai sebuah permainan yang mengasyikkan dari segi grafik, corak permainan dan juga jalan ceritanya yang unik.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah permainan-permainan eksklusif lain yang akan dijadikan permainan pada platform PC juga. Jika anda berminat untuk membaca laporan kewangan Sony, anda boleh membacanya di pautan ini.

Sohor Kini