Bungie semalam mengadakan acara penstriman khas yang memperlihatkan bahagian seterusnya buat permainan Destiny 2 dengan memfokuskan pelbagai kandungan baharu dan juga perancangan mereka untuk masa hadapan.
Antara pengumuman yang dilakukan adalah penambahan Beyond Light yang akan tiba pada 23 September 2020 ini bersama dengan musim baharu, Season Of Arrivals yang dilancarkan hari ini.
Selain itu, Bungie juga mengesahkan Destiny 2 akan turut dilancarkan di konsol generasi seterusnya iaitu PlayStation 5 dan Xbox Series X. Informasi lanjut berkenaan konsol generasi seterusnya akan diumumkan kemudian, namun Bungie mengesahkan yang mana pembelian Destiny 2: Beyond Light di konsol Xbox One akan boleh terus di bawa ke konsol Xbox Series melalui Smart Delivery. Manakala versi PlayStation 4 juga boleh dinaik-taraf ke versi PlayStation 5 secara percuma.
Destiny 2: Beyond Light merupakan kandungan penambahan seterusnya buat permainan tersebut di mana kali ini ia akan memfokuskan pemain untuk menerokai lokasi baharu iaitu Europa. Melaluinya, pemain berupaya untuk bertempur dengan pelbagai musuh dan Raid baharu, termasuklah kuasa baharu Stasis khas buat ketiga-tiga kelas watak Titans, Warlocks dan Hunters.
Bagi anda yang berminat, pra-tempahan untuk Destiny 2: Beyond Light boleh dibuat sekarang melalui Steam, Xbox One dan Stadia. Namun bagi versi PlayStation 4, ia akan diumumkan kemudian.
Selain itu, Bungie juga mengumumkan edisi Deluxe khas yang mana turut akan tiba di semua platform di mana ia akan menyertakan pelbagai kandungan iaitu:
- Destiny 2: Beyond Light + 4 Kandungan Seasons Setahun
- Pra-Tempahan Bonus : Exotic Rimed Ghost Shell dan Legendary EMblem
- Freeze Tag Exotic Emote
- No Time To Explain Exotic Pulse Rufle bersama Exotic Catalyst dan Ornament
- Other Sky Exotic Sparrow
Bagi peminat tegar Destiny 2, Bungie juga mengumumkan edisi Collector khas yang akan menyertakan Destiny 2: Beyond Light secara kod digital bersama-sama dengan pelbagai barangan tambahan seperti:
- Replika DIe-Cast Splinter Of Darknest
- Beg Europa Explorer
- Kantin Europa Exploration
- Buku log Mysterious
- Pelbagia barngan lain dari Europa
Selain itu, Destiny 2: Beyond Light The Stranger Edition pula akan menyertakan figura khas The Stranger bersaiz 10 inci di mana versi ini boleh dipra-tempah melalui laman Numskull.
Manakala bagi pemain sedia ada yang masih bermain Destiny 2, Bungie hari ini turut mengumumkan kandungan bermusim yang ke-11 iaitu Season Of Arrivals kini dilancarkan secara rasmi. Melaluinya, ia akan menyertakan Dungeon baharu, acara khas dan seperti biasa, pelabgai ganjaran dan peralatan baharu yang pemain boleh dapatkan.
Seperti anda sedia maklum, Destiny 2 boleh dimainkan secara p[ercuma dan buat mereka yang memiliki pas musim permainan tersebut, Bungie akan menyertakan pelbagai ganjaran dan akses secara terus untuk pelbagai barangan seperti senjata Exotic Grenade Launcher dan set baju perisai musim khas buat setiap kelas watak.
Destiny 2 telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One, Stadia dan PC.