World of Warcraft boleh dikatakan permainan MMORPG yang paling ramai dimainkan sekarang oleh berjuta-juta pemain di seluruh dunia. Setelah menunggu untuk sekian lama, Blizzard akhirnya mengesahkan bahawa Shadowlands akan tiba pada 26 Oktober kelak.
Blizzard mengicau mengenai ketibaan kandungan Shadowlands di Twitter, dan memperlihatkan tarikh-tarikh pelancaran di seluruh dunia. Untuk rantau ini, ia akan tiba pada pukul 7 pagi, 27 Oktober waktu Taiwan.
Shadowlands merupakan kawasan alam barzakh untuk dunia World of Warcraft ini, dan akan menjadi fokus kepada jalan cerita World of Warcraft, bersambung daripada video pendek yang dikeluarkan Blizzard apabila kandungan ini diumumkan berbulan yang lalu.
Shadowlands juga merupakan kandungan tambahan pertama dimana World of Warcraft akan memperlihatkan potongan tahap, dimana tahap pemain dikurangkan dari level 120 ke level 50, dan level 60 akan menjadi tahap tertinggi yang baru.


