Beberapa hari lalu, kami ada melaporkan bahawa telah Gearbox Software telah mengacahkan kandungan tambahan akan datang untuk Borderlands 3 yang berkaitan dengan watak Krieg dari Borderlands 2.

Syarikat tersebut baru sahaja mengeluarkan sebuah lagi video acah mengenai kandungan tersebut, dan telah mengesahkan nama dan juga tarikh pelancarannya.

Kandungan tersebut dinamakan Psycho Krieg and The Fantastic Fustercluck dimana nampaknya watak-watak pemain perlu mengembara kedalam minda Krieg dan mengembalikannya ke normal semula.

Seperti penambahan-penambahan sebelum ini, DLC Psycho Krieg ini pastinya hadir dengan pelbagai senjata lagenda yang boleh dikumpul pemain, dan hadir dengan pelbagai jenis musuh baru yang perlu ditewaskan.

DLC terbaru ini nampaknya akan tiba pada 10 September kelak untuk semua platform permainan, dan bagi mereka yang sudahpun membeli pas musim, mereka akan menerima kemaskini ini secara percuma. Bagi pemain yang lain, mereka akan perlu membelinya pada harga yang ditetapkan.

Sohor Kini