The Snyder Cut of Justice League adalah nama rasmi bagi filem Justice League suntingan pengarah Zack Snyder. Ia adalah versi alternatif yang mengikut idea, kreaitiviti dan imaginasi dari Zack Snyder sendiri untuk filem asal. Tetapi disebabkan masalah keluarga, beliau tarik diri dan Joss Whedon telah menggantikan beliau. Di acara DC FanDome yang sedang berlangsung, informasi baru mengenai filem ini didedahkan.

https://youtu.be/z6512XKKNkU

Filem ini mempunyai banyak perubahan dan akan mungkin akan lebih hebat, kerana ramai yang tahu karya Zack Snyder adalah menarik. Akhirnya video acah untuk filem ini diperlihatkan.

Dalam video acah, ia mempelihatkan beberapa adegan yang tidak pernah muncul dalam filem asal Justice League. Ia juga kelihatan seperti sebuah filem yang benar-benar lain dan berkemungkinan hebat. Ada beberapa klip memperlihatkan asal-usul Cyborg dan pengorbanan bapa beliau. Superman dalam sut berwarna hitam turut diperlihatkan. Bagi yang tidak tahu, sut Superman ini adalah 100% CGI. Musuh utama, Darkseid turut diperlihatkan dengan lebih jelas – yang mana berbeza dengan filem lama arahan Joss Whedon yang menggunakan watak Steppenwolf.

Video ini turut memperlihatkan lebih aksi dari The Flash, penglibatan Batman versi Ben Affleck, Aquaman, Wonder Woman dan juga pertempurang yang gila gempak. Keseluruhan video ini menggunakan muzik latar dari Leonard Cohen – Hallelujah. Butiran lanjut mengenai filem ini seperti tarikh siaran sebenar masih belum diketahui lagi.

Filem ini akan disiarkan secara eksklusif di HBO Max. Harapnya, pada tahun 2021 HBO Max boleh dilanggan oleh pengguna Malaysia – agar mudah untuk menstrim filem ini tanpa VPN. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini