Hitman 3 dijangka akan tiba untuk semua platform permainan, termasuklah PC, PlayStation 5 dan Xbox Series X, dan akan tiba sekitar Januari 2021 kelak.
Dalam permainan ini, anda memainkan watak Agent 47, seorang pembunuh upahan yang akan menjalankan pelbagai kontrak pembunuhan untuk klien-klien anda.
IO Interactive mengumumkan bahawa untuk platform PC, Hitman 3 akan tiba secara eksklusif untuk platform Epic Games Store selama setahun, apabila ia kemudiannya akan dikeluarkan untuk platform-platform lain.
Ini adalah kali pertama siri permainan Hitman tidak akan tiba untuk platform Steam, khususnya apabila Hitman dan Hitman 2 boleh dikatakan cukup popular pada platform penjualan permainan atas-talian tersebut.
IO Interactive turut melancarkan video acah terbaru mengenai lokasi permainan Hitman 3, iaitu Dartmoor, England.