Fallen Knight, iaitu permainan aksi 2 dimensi yang dilancarkan di Apple Arcade bulan lepas, kini diumumkan akan tiba di konsol dan PC sekitar tahun hadapan.

Fallen Knight merupakan permainan aksi 2 dimensi seakan siri Mega Man namun memfokuskan serangan jarak dekat dengan elemen futuristik. Menariknya, menurut pembangun permainan ini mempunyai tahap kesukaran seakan Dark Souls dengan pertempuran ketua musuh yang sangat mencabar.

Bagi anda yang berminat, ia kini boleh dimainkan di peranti iOS melalui langgan Apple Arcade. Bagi anda yang ingin dapatkan versi konsol dan PC, ia akan tiba pada 2021 ini di PlayStation 4, Xbox One, Switch dan juga PC melalui Steam.

Sohor Kini