Dwayne “The Rock” Johnson adalah pelalon yang terkenal dikalangan kanak-kanak, melalui filem seperti Shazam!, Jumanji dan banyak lagi. Beliau bermula sebagai seorang ahli gusti dan membina nama dalam dunia lakonan. Menurut sumber, The Rock kini adalah pelakon dengan nilai bayaran tertinggi dengan jumlah terkumpul dari Jun 2019 sehingga Jun 2020 sebanyak $87.5 juta, iaitu sekitar RM367 juta.

Ini adalah kali kedua The Rock menjadi pelakon dengan nilai bayaran tertinggi selepas tahun lepas. Tahun lepas, beliau memperoleh pendapatan mencecah $89 juta. Walaupun lebih rendah tahun ini, tetapi ia adalah lebih tinggi dari Ryan Reynolds. The Rock menerima jumlah ini kerana filem Jumanji: The Next Level, Red Notice di Netflix dan pakaian sukan Under Armour.

  • Kedua tertinggi adalah Ryan Reynolds dengan nilai $71.5 juta, melalui filem Michael Bay di Netflix – 6 Underground.
  • Ketiga adalah Mark Wahlberg, nilai $58 juta melalui filem Spenser Confidential di Netflix juga.
  • Keempat pula adalah Ben Afleck dengan nilai $55 juta, melalui filem The Way Back dan The Last Thing He Wanted.
  • Vin Diesel mendapat tempat kelima dengan nilai $54 juta melalui filem Fast Furious 9 dan Fast and Furious Spy Races.
  • Percaya atau tidak pelakon Bollywood turut tersenarai, iaitu Akshay Kumar ditempat keenam dengan nilai $48.5 juta melalui filem Kesari dan Mission Mangal.
  • Lin-Manuel Miranda yang pernah muncul dalam siri TV House mendapat tempat ketujuh dengan nilai $45.5 juta, melalui teater Hamilton yang kini disiarkan di Disney+.
  • Will Smith pula mendapat tempat kelapan melalui filem Gemini Man dan filem animasi Spies in Disguise dengan nilai $44.5 juta.
  • Tempat kesembilan adalah Adam Sandler melalui filem Uncut Gems di Netflix dengan nilai $41 juta.
  • Akhir sekali tempat kesepuluh adalah Jackie Chan dengan nilai $40 juta melalui filem eksklusif di China The Knight of Shadows: Between Yin and YangViy 2: Journey to China, dan Viy 2: Journey to China.

Sohor Kini