Sewaktu acara QuakeCon yang baru diadakan secara atas-talian baru-baru ini, Bethesda juga membuka sebuah tabung bantuan kewangan untuk diberikan kepada beberapa badan sedekah jariah di Ameriks Syarikat.
Dengan setiap tahap sasaran yang disampai, syarikat pembangun permainan tersebut akan menawarkan permainan-permainan secara percuma melalui platform permainan mereka sendiri, iaitu Bethesda Launcher.
Baru-baru ini, tabung tersebut baru sahaja melepasi sasaran $30,000 (RM120,000) dan mereka akan menawarkan permainan Quake II secara percuma selama 72 jam bermula semalam. Pengguna hanya perlu melog masuk kedalam Bethesda Launcher dan menebus permainan tersebut terus tanpa sebarang bayaran.
Dalam pada itu, pada 17 haribulan Ogos nanti, Bethesda akan menawarkan Quake III Arena pula untuk percuma, juga untuk 72 jam. Jika anda masih belum memiliki permainan-permainan tersebut, inilah masanya untuk mendapatkannya tanpa perlu mengeluarkan satu sen pun.