Ian Jun Wei Chiew adalah rakyat Malaysia yang kini menetap di Seattle, Amerika Syarikat dan kini merupakan Pereka Karya Konsep Kanan untuk Sucker Punch Productions. Sebelum menyertai Sucker Punch beliau terlibat dengan Turn 10 Studios (Microsoft) sebagai Pereka Karya Konsep untuk permainan Forza Motosport 6.

Beliau menyertai Sucker Punch pada tahun 2015 dan bertanggungjawab untuk menghasilkan karya konsep buat permainan Ghost of Tsushima yang dikeluarkan pada bulan lepas. Pada tahun 2017, beliau menjadi Pereka Karya Konsep Kanan dan mengetuai pasukan pereka konsep untuk permainan tersebut.

Selain menghasilkan karya konsep, beliau juga terlibat menghasilkan skrin pemuatan, rekaan watak, persekitaran dan juga video acah serta visual jenama untuk pemasaran bagi permainan dunia terbuka ini. Anda boleh lihat pelbagai karya yang dihasilkan oleh beliau melalui portfolio di laman rasminya anda juga boleh mengikuti beliau di Twitter.

Ghost of Tsushima sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4 dan anda boleh membaca ulasan kami di pautan ini.

Leave a Reply