PQube dan The Gentlebros minggu ini mengumumkan yang mana mereka kini melancarkan kandungan baharu buat permainan Cat Quest II iaitu Mew World, di mana ia tiba secara percuma buat semua platform.

Menurut PQube, dengan jumlah jualan melebihi 1.3 juta unit untuk keseluruhan siri Cat Quest, Pqube menyatakan 8 Ogos 2020 lepas merupakan ulang tahun ketiga buat siri tersebut.

Melalui kemaskini ini, The Gentlebros mengumumkan yang mana mereka menyertakan pelbagai kandungan baharu seperti mod Mewodifiers baharu, sistem inventori yang dikemaskini dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat, Cat Quest II telah pun dilancarkan di konsol PlayStation 4, Xbox One, Switch, PC dan juga versi permua di peranti iOS melalui Apple Arcade.

Sohor Kini