The Pathless merupakan permainan seterusnya oleh Giant Squid iaitu pembangun Abzu di mana dengan kerjasama Annapurna Interactive, mereka akan membawa permainan ini di konsol PlayStation 4, PlayStation 5, PC dan juga Apple Arcade.

Ketika acara State Of Play sebentar tadi, Annapurna Interactive memperlihatkan beberapa bentuk permainan baharu buat permainan tersebut yang mana ia memfokuskan pengembaraan dunia terbuka permainan tersebut dan juga musuh-musuh yang akan pemain temui.

Apa yang menarik minat kami adalah permainan ini tidak mempunyai peta buat dunia terbuka tersebut namun ia menyediakan fungsi untuk pemain melihat lokasi yang pemain belum terokai melalui topeng watak pemain.

Bagi anda yang ingin melihat keseluruhan video bentuk permainan yang diumumkan, anda boleh menontonnya di bawah.

Sohor Kini