Permainan simulasi penerbangan Microsoft Flight Simulator akan dilancarkan pada 18 Ogos ini untuk platform PC dan akan membolehkan pemain menerbangkan pelbagai jenis kapal terbang komersil secara digital.

Terkini, pembangun simulasi tersebut, Asobo Studio mengumumkan bahawa Microsoft Flight Simulator 2020 akan dikemaskini dengan sokongan realiti maya secara percuma pada suku keempat tahun ini.

Mereka menyatakan bahawa ia akan tiba pada masa yang sama peranti realiti maya HP Reverb G2 dilancarkan. Dalam pada itu, ciri realiti maya ini juga akan tiba untuk peranti-peranti Microsoft Mixed Reality apabila ia dilancarkan kelak.

Asobo Studio juga mengatakan bahawa sokongan pergerakan kepala TrackIR akan tiba untuk Microsoft Flight Simulator akan tiba pada hari pertama ia dilancarkan.

Leave a Reply