4 Permainan Menarik Untuk Bulan Ogos 2020

Selepas dua bulan berturut-turut permainan oleh PlayStation Studios menerajui permainan yang dikeluarkan, bulan ini tampaknya lebih kepada permainan yang dikeluarkan untuk beberapa platform, dengan kata lain ia lebih mesra untuk pemain yang memiliki platform berlainan.

Berikut adalah 4 permainan menarik yang akan tiba Ogos ini;

No Straight Roads

Permainan sulung oleh studio pembangun Malaysia Metronomik sudah semestinya dinanti-nanti ramai, terutama dengan pengalaman yang dibawa oleh Wan Hazmer selaku ketua Metornomik dan pencipta untuk permainan ini. Ia merupakan permainan aksi dengan elemen rentak muzik. Kami sebelum ini ada mencubanya dan merasakan ia adalah satu permainan yang berbaloi untuk dicuba dengan lanjut. Ia akan dikeluarkan pada 25 Ogos inti untuk PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Fall Guys: Ultimate Knockout

Dengan lambakan permainan pertempuran royale di pasaran, ia mungkin perkara yang membosankan untuk mendengar mengenai satu lagi permainan genre tersebut di keluarkan. Namun, berbeza pula dengan Fall Guys: Ultimate Knockout, apabila ia diperlihatkan saya boleh katakan terus berminat untuk mencubanya. Selain arahan seni yang comel, ia juga nampak sangat seronok untuk dimainkan. Saya tidak keseorangan kerana ia juga menjadi antara permainan dengan tontonan teramai di Twitch. Ia akan dikeluarkan untuk PlayStation 4 sebagai permainan percuma untuk PS Plus bagi bulan ini dan PC pada 4 Ogos.

Horizon Zero Dawn

Antara permainan terbaik yang dikeluarkan pada tahun 2017, Horizon Zero Dawn masih lagi satu permainan yang sangat baik sekarang, jadi apabila ia akhirnya meninggalkan status sebagai “hanya di PlayStation” dan tiba untuk PC, ia sudah semestinya satu permainan yang harus dicuba oleh pemain yang masih tidak dapat melakukannya sebelum ini. Sama ada ia boleh dimainkan dengan baik di PC, mungkin sudah terjawab melalui Death Stranding yang menggunakan enjin permainan yang sama dan prestasi di PC sangat baik. Horizon Zero Dawn: Complete Edition untuk PC akan dikeluarkan pada 7 Ogos ini.

UFC 4

Permainan seterusnya untuk siri simulasi MMA akhirnya tiba tahun ini, selepas 2 tahun tiada permainan baharu. Bagi yang meminati sukan ini, ataupun dengan permainan ini sudah semestinya gembira kerana ia kini mempunyai permainan baharu. EA menjanjikan pertempuran yang lebih realistik dengan peningkatan kualiti grafik. UFC 4 akan dikeluarkan pada 14 Ogos ini untuk PlayStation 4 dan Xbox One.


Seperti biasa sudah semestinya terdapat pelbagai lagi permainan menarik yang lain dikeluarkan bulan ini, seperti Hyper Scape akhirnya akan tiba untuk konsol, Microsoft Flight Simulator bagi yang ingin terbang di masa pandemik covid-19 ini ataupun Captain Tsubasa satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi.

Jika anda ingin melihat senarai penuh anda boleh lihat-nya di senarai yang kami sertakan di bawah.

Sohor Kini