Mulan Tertunda Lagi – Kini Tiada Tarikh Tayangan

Mulan adalah filem aksi nyata seterusnya dari Disney yang mana sebelum ini adalah filem animasi klasik. Filem ini pada asalnya dijadualkan untuk ditayangkan pada 27 Mac, tetapi dek kerana Covid-19 – ia ditunda kepada 24 Julai dan kemudiannya ditunda lagi ke 21 Ogos pula. Terkini, filem ini ditunda sekali lagi tanpa sebarang tarikh baru.

Seperti biasa, alasan tunda ini adalah kerana Covid-19. Disebabkan tidak semua negara yang mempunyai wayang dibuka seperti biasa jadi dan ia akan menjejaskan kutipan jualan tiket. Walaupun wayang di negara seperti China, Malaysia sudah beroperasi dan kelak di bulan Ogos giliran Amerika pula – Disney masih tidak memberikan sebarang tarikh baru.

Harapnya, filem ini tidak akan dicampak ke Disney+ atau ditunda ke tahun 2021. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini