Kemaskini, 25 Ogos 2020 – SEGA telah mengesahkan yang Yakuza: Like a Dragon akan dikeluarkan untuk pasaran global pada 13 November untuk PlayStation 4 dan Xbox One, ia juga akan tiba untuk Xbox Series X dan PlayStation 5. Mereka juga berkongsi video memperlihatkan kepelbagaian gaya serangan.
Artikel asal – Laman pra-tempah untuk permainan aksi pengembaraan Yakuza: Like A Dragon telahpun dibuka di laman web Microsoft, dan permainan tersebut nampaknya akan tiba di pasaran global pada 13 November kelak.
Menurut Sega, penerbit siri permainan Yakuza, mereka telah mengumumkan bahawa permainan tersebut akan tiba untuk konsol Microsoft Xbox One, Sony PlayStation 4 dan PC pada bulan November, dan untuk konsol Xbox Series X pada hari pertama apabila konsol tersebut dilancarkan melalui Smart Delivery.
Sega juga mengesahkan bahawa versi PlayStation 5 juga akan dibangunkan, tetapi mereka yang ingin memainkan permainan tersebut pada konsol Sony akan datang itu mungkin perlu menunggu untuk satu jangkamasa.