Final Fantasy XIV boleh dikatakan diantara permainan MMORPG yang paling popular sekarang dengan jalan cerita dan bentuk permainan yang sering dikemaskini setiap beberapa bulan.
Selepas pengumuman mengenai kandungan tambahan FFXIV Patch 5.3: Reflections in The Crystal, pihak Square-Enix mengumumkan bahawa mereka akan menambahkan kandungan cubaan percuma Final Fantasy XIV 3.0 Heavensward sehingga 3.56.
Dengan penambahan ini, mereka yang ingin mencuba permainan ini secara percuma boleh menaiktarafkan tahap watak mereka sehingga level 60 dan menerima akses kepada kaum naga Au’Ra dan pekerjaan tambahan seperti Dark Knight, Machinist dan juga Astrologian.
Untuk mereka yang membeli Final Fantasy XIV: A Realm Reborn, permainan mereka juga akan menerima naik-taraf kepada Heavensward secara percuma.


