Jika anda peminat siri JRPG Tales of, anda pasti mengetahui bahawa Bandai Namco telah hadir dengan permua Tales of Crestoria untuk pasaran Jepun.

Terkini, nampaknya versi global permua tersebut telahpun tiba untuk semua pasaran di platform Android dan juga iOS. Permua tersebut sepatutnya dilancarkan sebelum ini, tetapi tertunda kerana tugas pembaikan yang perlu dilakukan.

Sama seperti permainan Tales of yang lain, Tales of Crestoria mempunyai jalan cerita dan watak-wataknya tersendiri. Cuma kali ini, oleh kerana ia adalah sebuah permainan gacha, pemain boleh mendapatkan watak-watak daripada permainan Tales of yang lain seperti Velvet (Tales of Berseria), Luke (Tales of The Abyss), Yuri Lowell (Tales of Vesperia) dan sebagainya.

Versi global Tales of Crestoria ini hadir dengan menu dan teks dalam bahasa Inggeris, tetapi mempunyai alih suara dalam bahasa Jepun yang sangat popular di kalangan peminat-peminat anime dan JRPG seperti ini.

Tales of Crestoria kini boleh dimuat-turun melalui Google Play Store dan juga Apple App Store.

Sohor Kini