Microsoft Flight Simulator Bakal Tiba Ogos Ini Di PC

Microsoft hari ini akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran buat permainan simulasi kapal terbang, Microsoft Flight Simulator di mana ia akan tiba pada 18 Ogos 2020 ini di PC.

Menariknya, permainan ini juga turut akan tiba buat pelanggan Xbox Game Pass di PC. Bagi versi konsol pula ia akan diumumkan kemudian.

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, Microsoft Flight Simulator merupakan permainan simulasi kapal terbang di mana pemain berupaya untuk mengendali kapal terbang dengan pelbagai kawalan dan tetapan.

Menariknya permainan ini juga menyertakan lebih dari 2 juta bandaraya yang pemain boleh terokai di langit dengan pelbagai kandungan dunia yang terperinci. Dengan bentuk simulasi dengan pelbagai cuaca, permainan ini semestinya satu permainan simulasi kapal terbang yang terlengkap buat mereka yang ingin menjadi juruterbang.

Bagi anda yang berminat, anda boleh dapatkannya Ogos ini.

Sohor Kini