Sonic the Hedgehog mula ditayangkan pada 14 Februari lepas, kini selepas sebulan, ia mencatat jumlah kutipan secara global $306 juta (RM1.3 Bilion), manakala di Malaysia ia mencatat jumlah kutipan sebanyak RM7.31 juta. Ia sebelum ini mencatat RM800 juta selepas 2 minggu.

Walaupun tidak setinggi kutipan seperti filem Detective Pikachu yang mencatat secara keseluruhan RM1.8 bilion, akan tetapi ia baru ditayangkan sebulan, tambahan filem ini juga masih tidak ditayangkan di beberapa pasaran besar seperti China dan Jepun.

Di Jepun ia sepatutnya ditayangkan pada akhir bulan ini, akan tetapi disebabkan wabak koronavirus, ia telah ditunda dan tarikh baharu masih tidak diumumkan.

Sohor Kini