Permainan Microsoft Solitaire, ataupun nama lamanya, Windows Solitaire diperkenalkan pada sistem operasi Windows sejak versi Windows 3.0 pada mulanya diperkenalkan untuk mengajar pengguna cara untuk menggunakan tetikus, dan adalah sistem operasi Windows pertama yang hadir dengan antaramuka grafik (graphical user interface @ GUI).

Permainan Solitaire dikekalkan pada semua versi sistem operasi Windows, dan menariknya, mempunyai berpuluh juta peminat yang memainkannya sehingga hari ini. Ia merupakan sebuah permainan kad dimana untuk memenanginya, pemain harus menyusun semua kad-kad dalam urutan tertinggi ke terendah dan boleh dimainkan secara bersendirian.

Menurut Microsoft, sekitar 35 juta pengguna sistem operasi memainkan permainan tersebut setiap bulan, dan boleh dikatakan antara aplikasi sistem operasi Windows yang paling popular, malah telah menerima kemaskini dari segi rekaan dan cara permainan.

Bersempena dengan ulangtahun permainan tersebut, bersama-sama dengan National Solitaire Day, Microsoft sedang cuba untuk memecahkan rekod jumlah permainan Solitaire yang dilengkapkan dalam masa sebulan.

Sohor Kini