Skip to main content

Devolver Digital hari ini mengumumkan yang permainan seterusnya untuk siri Serious Sam iaitu Serious Sam 4 akan dikeluarkan pada Ogos tahun ini untuk PC dan juga Stadia. Manakala untuk konsol, ia akan dikeluarkan selepas berakhirnya perjanjian eksklusif dengan Stadia iaitu pada tahun 2021.

Video pengumuman anda boleh tonton di bawah.

Serious Sam merupakan permainan menembak sudut pandangan pertama yang dibangunkan oleh Croteam. Permainan terakhir untuk siri ini dikeluarkan pada tahun 2011 iaitu Serious Sam 3: BFE, versi realiti maya untuk permainan tersebut dikeluarkan pada tahun 2017.

Bagi yang berminat, Steam sudah membuka pra-tempah untuk permainan ini dengan harga RM65. Permainan-permainan sebelum ini juga ditawarkan dengan harga diskaun.

Leave a Reply