Informasi Permainan Video Terkini
Justice League Edisi Synder Cut Akan Ditawarkan Eksklusif Di HBO Max Pada Tahun 2021

Justice League Edisi Synder Cut Akan Ditawarkan Eksklusif Di HBO Max Pada Tahun 2021

Diterbitkan pada Mei 21, 2020 oleh .

Justice League edisi Snyder Cut kini bukan lagi angan-angan Mat Jenin oleh peminat tegar DC. Zack Snyder pengarah asal Justice League sebelum digantikan oleh Joss Whedon kerana kematian di dalam keluarga mengesahkan visi asal beliau akan ditawarkan secara eksklusif di HBO Max pada tahun 2021.

JUSTICE LEAGUE Copyright: © 2017 WARNER BROS. ENTERTAINMENT INC. AND RATPAC-DUNE ENTERTAINMENT LLC Photo Credit: Courtesy of Warner Bros. Pictures/ TM & © DC Comics Caption: BEN AFFLECK as Batman in Warner Bros. Pictures’ action adventure “JUSTICE LEAGUE,” a Warner Bros. Pictures release.

Menurut beliau versi baharu ini adalah sepanjang hampir empat jam berbanding 2 jam sahaja pada versi yang ditayangkan di pawagam hampir tiga tahun yang lalu. Bagi menyiapkan Snyder Cut, kesan khas baharu, dialog dan babak baharu akan difilemkan dengan sokongan dari Warner Brothers Pictures. Zack Snyder sendiri berkata beliau hanya sempat merakamkan 1/4 babak yang diinginkan sebelum menarik diri dari kerusi pengarah.

Terdapat spekulasi Justuce League Synder Cut ini kelak akan ditawarkan sama ada dalam bentuk satu filem panjang atau dipotong menjadi enam episod di HBO Max. HBO Max akan mula beroperasi di Amerika Syarikat pada penghujung bulan ini. Bagi mereka yang sudah lama mendambakan Snyder Cut, langganan HBO Max kini perlu untuk melihat adikarya Zack Snyder ini.


TIPS & ULASAN