Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan yang mana mereka akan mengadakan acara State Of Play minggu ini yang mana mereka akan memfokuskan permainan Ghost Of Tsushima.
Menurut Sony, acara tersebut akan berlangsung pada 15 Mei 2020 ini pada jam 4 pagi bagi waktu tempatan dan ianya boleh ditonton di saluran rasmi Youtube PlayStation ataupun saluran Twitch rasmi PlayStation.
Menurut Sony, secara keseluruhan acara tersebut akan memperlihatkan dengan lebih terperinci buat bentuk permainan seperti pengembaraan, pertempuran dan sebagainya berdurasikan sekitar 18 minit. Mereka juga mengesahkan bahawa acara State Of Play tersebut tidak akan berkongsi sebarang informasi lanjut berkenaan PlayStation 5 ataupun permainan lain.
Seperti anda sedia maklum, Ghost Of Tsushima adalah permainan seterusnya oleh Sucker Punch yang mana mereka terkenal dengan siri Infamous. Permainan ini dijadualkan untuk dilancarkan pada 17 Julai 2020 ini khas di konsol PlayStation 4 dan bagi anda yang ingin melihat senarai edisi permainan yang boleh dipra-tempah, anda boleh ke artikel di bawah.