Skip to main content

Kemaskini: Baca artikel ini untuk kemaskini tarikh pelancaran dan harga terkini edisi-edisi Ghost Of Tsushima.

Artikel asal: Sony Interative Entertainment hari ini akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran buat permainan akan datang oleh Sucker Punch iaitu Ghost Of Tsushima di mana ia bakal tiba pada 26 Jun 2020 ini khas di konsol PlayStation 4.

Bersempena dengan pengumuman itu, mereka juga berkongsi satu video acah khas yang memperlihatkan penceritaan permainan tersebut.

https://www.youtube.com/watch?v=CKq1DTI5woU

Ghost Of Tsushima merupakan permainan dunia terbuka yang memfokuskan watak Jin Sakai iaitu samurai terakhir di kepualan Tsushima ketika penaklukan Mongol di Jepun pada tahun 1270an.

Dengan berbentuk aksi pengembaraan dalam bentuk pandangan ketiga, permainan ini banyak memfokuskan pemain untuk bergerak di lokasi yang luas dengan menunggang kuda dan bertempur dalam keadaan senyap dengan senjata pedang Katana. Selain itu, pemain juga berupaya untuk menggunakan pencangkuk untuk ke kawasan yang sukar untuk dilalui untuk memudahkan pemain bergerak.

Bersempena dengan pengumuman ini, Sony Interactive Entertainment juga mengumumkan segala edisi-edisi permainan yang bakal dilancarkan kelak termasuklah edisi terhad yang menyertakan pelbagai kandungan khas. Selain itu, Sucker Punch juga umum tema khas PlayStation 4 dan pelbagai kandungan lain bakal disertakan bersama buat mereka yang membuat pra-tempahan.

Menariknya, sebahagian daripada sudah boleh di pra-tempah dan berikut adalah senarai edisi yang tersedia.

Ghost Of Tsushima Edisi Biasa (Digital)

Edisi pertama yang diumumkan adalah edisi biasa secara digital yang mana ianya boleh dipra-tempah dengan harga bermula RM249 melalui PSN Store. Berikut adalah senarai kandungan disertakan:

  • Permainan Penuh Ghost Of Tsushima
  • Kandungan Bonus Pra-Tempah: Avatar Jin
  • Kandungan Bonus Pra-Tempah: Muzik Latar Digital
  • Kandungan Bonus Pra-Tempah: Tema Dinamik Khas “Jin” PlayStation 4 (Boleh terus akses selepas pra-tempah)

Ghost Of Tsushima Edisi Deluxe (Digital)

Edisi seterusnya adalah edisi Deluxe secara digital yang mana juga boleh dipra-tempah melalui PSN Store dengan harga RM299. Ianya akan menyertakan pelbagai kandungan tambahan termasuklah kandungan bonus pra-tempah iaitu:

  • Permainan Penuh Ghost Of Tsushima
  • Kandungan Bonus Pra-Tempah: Avatar Jin
  • Kandungan Bonus Pra-Tempah: Muzik Latar Digital
  • Kandungan Bonus Pra-Tempah: Tema Dinamik Khas “Jin” PlayStation 4 (Boleh terus akses selepas pra-tempah)
  • 1 Nilai “Technique Point”
  • Barangan Charm Of Hachiman’s Favor
  • Kostum “Hero Of Tsushima”
    • Topeng emas
    • Baju perisai
    • Kit pedang
    • Kuda
    • Pelana
  • Buku karya digital oleh Dark Horse
  • Ulasan pengarah bersama sejarawan Jepun berkenaan pembinaan dunia Ghost Of Tsushima
  • Tema Dinamik Khas “Samurai” PlayStation 4

Ghost Of Tsushima Edisi Biasa (Fizikal)

Seperti biasa, Sony Interactive Entertainment juga umum edisi biasa secara fizikal akan dijual apabila ianya dilancarkan kelak di mana anda boleh dapatkannya di mana-mana pengedar rasmi PlayStation dengan harga RM249.

Menariknya, kandungan bonus pra-tempahan juga diumumkan akan tiba melalui baucar khas di dalam permainan tersebut yang mana ia akan menyertakan:

  • Permainan Penuh Ghost Of Tsushima
  • Kod Kandungan Bonus Pra-Tempah: Avatar Jin
  • Kod Kandungan Bonus Pra-Tempah: Muzik Latar Digital
  • Kod Kandungan Bonus Pra-Tempah: Tema Dinamik Khas “Jin” PlayStation 4

Ghost Of Tsushima Edisi Terhad (Fizikal)

Semestinya permainan keluaran Sony Interactive Entertainment tidak akan lengkap tanpa edisi terhad khas yang mana Ghost Of Tsushima tampaknya menyertakan pelbagai kandungan menarik. Dari segi pra-tempahan, ianya boleh dilakukan di mana-mana pengedar rasmi PlayStation, namun harganya masih belum diumumkan dan Sony menyatakan mereka akan umumkannya kemudian.

Dari segi kandungan berikut adalah kandungan yang akan disertakan melalui edisi terhad ini:

  • Permainan penuh Ghost Of Tsushima
  • Kod Kandungan Digital: Avatar Jin
  • Kod Kandungan Digital: Muzik Latar
  • Kod Kandungan Digital: Tema Dinamik Khas “Jin” PlayStation 4
  • Topeng Sakai khas
  • Peta kain
  • Sepanduk perang “Sashimono”
  • Kain pembalut “Furoshiki”
  • Bekas besi khas
  • Buku karya seni khas sebanyak 48 muka surat oleh Dark Horse
  • 1 Nilai “Technique Point”
  • Barangan Charm Of Hachiman’s Favor
  • Kostum “Hero Of Tsushima”Topeng emas
    • Baju perisai
    • Kit pedang
    • Kuda
    • Pelana
  • Ulasan pengarah bersama sejarawan Jepun berkenaan pembinaan dunia Ghost Of Tsushima
  • Tema Dinamik Khas “Samurai” PlayStation 4

Bagi anda yang tidak sabar untuk mendapatkan permainan ini, pastikan anda membuat pra-tempahan bermula hari ini.

Leave a Reply