Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Disney berminat dengan menghasilkan semula filem Hercules. Seperti biasa, dari filem animasi ia akan diolah menjadi filem aksi nyata. Namun butiran masih tiada, pengarah dan penerbit juga masih belum ditetapkan.
Terkini, menurut laporan Collider – Joe dan Anthony Russo akan menerbit filem ini. Ini kerana mereka berdua adalah peminat bagi filem animasi Hercules. Pengarah setakat ini mereka inginkan Jon Favreau, tetapi masih belum disahkan. Menurut mereka, pembangunan filem ini masih di peringkat awal dan tidak pasti jika filem aksi nyata Hercules ini adalah filem muzikal ataupun tidak. Cuma yang pasti, elemen muzik akan ada di dalamnya.
Tambahan mereka lagi, filem ini tidak akan dihasilkan sebagai filem olahan secara terus atau hanya animasi yang diterjemah kepada filem aksi nyata. Sebaliknya akan ada elemen-elemen baharu yang segar dan asli. Ia akan mempunyai jalan cerita berbeza, tetapi masih akan mengambil inspirasi dari filem asal.