Nampaknya Disney akan teruskan strategi mengolah semula filem animasi lama ke filem aksi nyata. Terkini, mereka dilaporkan mungkin akan hadir dengan filem aksi nyata Hercules pula.

Menariknya, terdapat beberapa calon pengarah yang dilaporkan akan mengarahkan filem ini. Jon Favreau, Joe & Anthony Russo dan juga Gore Verbinski (pengarah francais filem Pirates of the Carribean) adalah calon-calonnya. Filem ini dikatakan disasarkan untuk ditayangkan di pawagam dan bukannya di Disney+ seperti Lady and the Tramp. Masih tiada sebarang pengesahan lagi, siapakah pengarah. Jika pengarah telah ditemui, barulah calon-calon pelakon akan diumumkan.

Filem ini dikatakan akan diterbitkan oleh Jeffery Silver dan Karen Gilchrist, yang mana sebelum ini bekerjasama dengan Jon Favreau untuk filem aksi nyata The Jungle Book dan The Lion King. Filem aksi nyata Hercules ini turut dikatakan akan menggunakan muzik-muzik lama dari filem asal.

Bagi yang tidak tahu apa itu Hercules, ia adalah filem animasi Disney pada tahun 1997. Ia mengisahkan anak dewa yang terpaksa hidup sebagai separuh manusia dan separuh dewa. Hercules ini perlu membuktikan yang beliau adalah layak untuk teruskan kehidupan keada dewa-dewa di Mount Olympus. Beliau perlu mempelajari kehebatan beliau sendiri bagi menghentikan pelbagai makhluk-makhluk jahat.

Sohor Kini