Taika Waititi boleh dikatakan pengarah yang membantu untuk menghidupkan semula watak Thor melalui filem Thor: Ragnarok dan tampaknya Disney cuba mendapatkan sentuhan beliau untuk “menghidupkan” semula francais Star Wars.

The Hollywood Reporter hari ini melaporkan yang Disney cuba mendapatkan beliau untuk mengarah filem Star Wars tetapi tiada pengesahan lagi mengenai sama ada – ia sekadar satu filem ataupun trilogi sendiri.

Disney dan Lucasfilm juga tidak menyertakan sebarang kenyataan mengenainya.

Ini bukanlah pertama kali Taika Waititi terlibat dengan Star Wars, beliau sebelum ini mengarah episod akhir untuk musim pertama The Mandalorian yang bagi kami adalah episod terbaik sepanjang musim tersebut.

Apa pendapat anda mengenai Taika Waititi menjadi pengarah untuk filem Star Wars? Ia sudah semestinya akan membawa francais ini ke satu cahaya yang baharu.

Sohor Kini