Yoodo Gank Menjuarai PUBG Mobile Liga Profesional Asia Tenggara

Selepas 15 pusingan, dan mengumpul 284 mata, Yoodo Gank telah dinobatkan sebagai juara untuk PUBG Mobile Liga Profesional Asia Tenggara, mengalahkan 15 pasukan termasuk juga Bigetron dan King of Gamers yang berada di tempat kedua dan ketiga.

Yoodo Gank yang terdiri daripada Abdul Aziz Ikromi (Draxx), Aiman Mohamad (ManParang), Muhammad Izzrudin Hashim (Jumper) dan Ahmad Fuad Razali (Fredo) membawa pulang $30 ribu (~RM128 ribu) selaku juara.

Mereka melayakkan diri ke peringkat Asia Tenggara ini selepas mendapat tempat kedua untuk peringkat Malaysia dan Singapura, di mana Team Secret menjuarai peringkat tersebut tetapi sekadar di tempat ke-5 untuk peringkat ini.

Dengan kejuaraan ini Yoodo Gank melayakkan diri untuk PUBG Mobile Liga Dunia bersama dengan King of Gamers manakala Bigetron RA dan Team Secret sudah layak sebelum ini.

Tahniah kami ucapkan untuk Yoodo Gank.

Sohor Kini