Skip to main content

Salah satu kelebihan Epic Games Store ialah ia akan memperkenalkan dua permainan percuma yang boleh dimuat-turun setiap minggu, disamping mendapatkan permainan komputer eksklusif pada harga yang boleh dikatakan lebih rendah berbanding banyak platform lain.

Bermula hari ini, Epic Games telah mengeluarkan kenyataan bahawa bermula 28 April sehinggalah 21 Mei 2020, pengguna akan perlu mengaktifkan ciri pengesahan dwi-faktor untuk menebus permainan-permainan percuma tersebut.

Didalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh mereka, ini adalah untuk memastikan bahawa akaun-akaun pengguna mereka selamat daripada digodam oleh parti-parti yang tidak diingini.

Apabila menebus permainan percuma, Epic Games Store juga akan menunjukkan notis “Requires 2FA” dimana ciri tersebut perlu diaktifkan dulu. Pengguna boleh melakukan ini didalam menu pengurusan akaun Epic Games Store dibawah tetapan Password & Security, dimana anda boleh memilih untuk mendapatkan token dwi-faktor melalui aplikasi, SMS ataupun emel.

Leave a Reply