Siri anime Sailor Moon boleh dikatakan diantara tajuk yang paling popular sekitar tahun 1990an. Ramai kanak-kanak di era tersebut membesar dengan anime-anime seperti itu, dan kini, orang ramai boleh menontonnya semula di laman YouTube rasmi Sailor Moon.

Kesemua 127 episod anime tersebut akan dimuat-naik sepanjang beberapa bulan dari hari ini ke bulan Julai kelak, termasuklah siri Sailor Moon, Sailor Moon R dan Sailor Moon S.

Pihak Toei memuat-naik kesemua episod-episod ini untuk mempromosikan filem animasi Sailor Moon Eternal yang akan tiba pada bulan Julai kelak, menyambung kepada jalan cerita selepas siri Sailor Moon S.

Sayangnya, sama seperti siri filem anime Evangelion yang kami laporkan sebelum ini, siri anime Sailor Moon ini tidak mempunyai sarikata Bahasa Inggeris yang boleh dibaca.

https://www.youtube.com/watch?v=XDWfHUmU4dM

Sohor Kini