Neon Genesis Evangelion ialah salah satu daripada siri anime yang paling ramai peminat di seluruh dunia kerana penceritaannya yang cukup menarik dan mendalam, disamping penggunaan robot gergasi yang menentang raksasa-raksasa besar.
Selain daripada siri anime TV, tiga filem animasi berdasarkan Neon Genesis Evangelion, ataupun Evangelion Rebuild telah dibangunkan oleh Studio Khara, iaitu Evangelion 1.11 You Are (Not) Alone, Evangelion 2.22 You Can (Not) Advance dan Evangelion 3.33 You Can (Not) Redo yang menceritakan semula kisah Neon Genesis Evangelion dengan plot tambahan.
Terkini, Studio Khara nampaknya telah memuat-naik ketiga-tiga filem anime Evangelion 1.11 hingga 3.33 ke laman YouTube mereka hari ini, dimana ia boleh ditonton secara percuma.
Walaupun begitu, filem-filem anime ini tidak mempunyai sarikata bahasa, dan ini membuatkan penceritaannya tidak boleh difahami melainkan anda fasih bertutur dalam bahasa Jepun.
Filem terakhir dalam siri ini, Evangelion 4.0 sepatutnya ditayangkan pada tahun ini, tetapi memandangkan wabak COVID-19 sedang membelenggu dunia, ia masih tidak dapat disahkan jika tarikh tersebut masih akan diikuti ataupun tidak.
Jika anda berminat untuk menonton filem-filem animasi Evangelion Rebuild ini, anda boleh ke laman YouTube Studio Khara.