Skip to main content

Looney Tunes adalah siri animasi yang paling menghiburkan saya sendiri semasa zaman kanak-kanak. Ingat lagi aksi lucu Bugs Bunny, Daffy Duck, masalah antara Tweety dan Sylvester dan ramai lagi. Setiap siri animasi mereka mempunyai episod yang pendek, tetapi mempunyai pelbagai sketsa lucu.

Terkini, melalui HBO Max yang akan mula beroperasi pada 27 Mei kelak – siri Looney Tunes baharu akan disiarkan sebagai salah satu siri baharu untuk platform penstriman video tersebut. Siri animasi ini adalah olahan semula dengan membawa kembali watak-watak seperti Daffy Duck, Tweety, Sylvester, Porky Pig, Elmer Fudd, Yosemite Sam, Wile E. Coyote dan mungkin ramai lagi.

Berdasarkan video acah tersebut, siri animasi ini mungkin akan membuat lawak jenaka yang lebih moden dan seragam dengan masa sekarang. Bugs Bunny misal kata, dalam video tersebut gemarkan platform penstriman video. Jadi tidak hairan jika kelak, watak-watak lain turut akan membuat lawak jenaka yang moden dan tidak ketinggalan zaman.

Leave a Reply